Taiwan perlu ‘lindungi ruangnya’

Taiwan perlu ‘lindungi ruangnya’

TAIPEI, 18 Mac – Taiwan perlu melindungi ruang antarabangsanya kerana kedudukan diplomatiknya yang berbahaya, presiden yang baru dilantik Tsai Ing-wan berkata hari ini selepas China menjalin semula dengan bekas sekutu Taiwan, Gambia dan kemarahan bertambah di pulau yang diperintah sendiri ekoran langkah itu.

Negeri kecil Afrika Barat itu adalah salah sebuah dari satu-satunya beberapa negara Afrika, selain dari Burkina Faso, Swaziland dan Sao Tome dan Principe, untuk mengiktiraf Taiwan yang diperintah sendiri, yang dianggap China sebagai wilayah tidak terkawal yang akan diraih semula secara kekerasan jika perlu. China dan Taiwan selama bertahun-tahun cuba memancing sekutu-sekutu antara satu sama lain, kerap membayangkan pakej-pakej bantuan di hadapan para pemimpin negara-negara sedang berkembang.

Tetapi mereka memulakan kedamaian sementara diplomatik tidak rasmi selepas menandatangani siri-siri perjanjian perdagangan dan ekonomi bersejarah pada tahun 2008 selepas perlantikan Ma Ying-jeou yang mesra China sebagai Presiden Taiwan, ketika Beijing cuba meyakinkan Taiwan tentang niat persahabatannya selepas perseteruan dan kecurigaan selama berdekad-dekad lamanya.

Kedamaian sementara itu telah berakhir, ekoran kemenangan besar dalam pilihan raya Januari lalu yang diraih oleh Tsai dan parti bebasnya, Parti Progresif Demokrasi (DPP).

China berulang kali memberinya amaran tentang sebarang langkah ke arah kemerdekaan.

Dalam ulasan yang dikeluarkan menerusi jurucakap, Tsai berkata China dan Taiwan tidak perlu melakukan apa-apa untuk saling menyakiti hati antara satu sama lain, “Saya harap jalinan hubungan dengan Gambia bukanlah langkah sasaran,” kata Tsai lagi.

“Pada masa ini situasi diplomatik Taiwan tidak optimis dan perlukan semua orang bersatu untuk menghadapinya, untuk terus menerus melindungi ruang antarabangsa kita.” Ahli-ahli undangan kanan Taiwan berbaris untuk mengkritik China, termasuklah dari parti Nasionalis yang mesra China.

“Ia telah dengan serius menyakiti perasaan rakyat Taiwan,” kata ahli undangan parti Nasionalis, Chiang Chi-chen, seorang anggota jawatankuasa hal ehwal luar dan pertahanan parlimen. Ahli undangan DPP Lo Chih-cheng berkata Tsai berjanji akan mengekalkan status quo dengan China dan beliau tidak akan mengambil tindakan provokasi.

ARTIKEL YANG SAMA