Taiwan tangkap 45 dalam sindiket pertaruhan

Taiwan tangkap 45 dalam sindiket pertaruhan

TAIPEI, 4 Jan (AFP) – Polis Taiwan telah menangkap 45 orang yang terlibat dalam sindiket perjudian yang bernilai lebih AS$40 juta setahun termasuk orang bertaruh bagi pilihan raya akan datang, menurut para pegawai hari ini, menambah kegiatan haram itu boleh mempengaruhi pengundian.

Polis melancarkan serbuan hujung minggu ke atas 31 buah tempat di seluruh pulau itu dan membuat penangkapan berhubung dakwaan perjudian dan menghalang pengundian, kata pendakwa raya.

“Oleh sebab sindiket itu mendapat banyak pos di seluruh pulau itu dan ramai penjudi yang terlibat, kami bimbang perjudian itu boleh mempengaruhi hasil pilihan raya,” kata Wang Yi-wen, jurucakap bagi Pejabat Pendakwa raya Taoyuan.

Taiwan mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen pada 16 Januari.

Perjudian adalah ditegah di Taiwan, selain daripada loteri yang dijalankan oleh bank-bank diberikan kebenaran. Namun terdapat banyak rangkaian rahsia melibatkan kasino persendirian, pertaruhan yang berkaitan dengan perlumbaan kuda Hong Kong dan sebagainya.

Para penyiasat mengatakan penjudi telah bertaruh melalui sindiket mengenai keputusan pilihan raya serta sukan dan loteri haram, menggunakan telefon dan talian faks, telefon bimbit dan online.

Mereka menganggarkan sekitar Tw$1.4 bilion (AS$42.4 juta) telah dipertaruhkan menerusi sindiket tahun lepas, namun ia belum diketahui berapa banyak ia berkaitan dengan pilihan raya.

Ketua sindiket yang dinamakan sebagai Lin Shih-yuan telah ditahan. Sementara 15 yang lain telah diikat jamin dan 29 dibebaskan di bawah beberapa sekatan, menurut pendakwa raya.

ARTIKEL YANG SAMA