Taiwan tuduh China culik rakyat dari Kenya

Taiwan tuduh China culik rakyat dari Kenya

TAIPEI, 11 April (AFP) – Taiwan telah membantah kepada China selepas lapan warga Taiwan yang dibebaskan daripada dakwaan oleh sebuah mahkamah Kenya dibawa ‘secara tidak sah’ ke China, kata pegawai hari ini.

Pihak berkuasa Kenya pada November 2014 menahan 28 warga Taiwan dan 49 penduduk etnik China atas dakwaan memasuki negara Afrika secara haram dan terlibat dalam satu komplot telekom, kata kementerian luar negara dalam satu kenyataan.

Ia berkata 37 daripada tersangka termasuk 23 warga Taiwan didapati tidak bersalah oleh mahkamah Kenya pada Selasa minggu lalu.

Namun pihak berkuasa Kenya pada Jumaat lalu menghantar pulang lapan warga Taiwan ke China dan bukannya ke Taiwan sebagai respons terhadap tekanan dari Beijing, kata kementerian.

China menggunakan ‘kaedah teknikal’ untuk menangguhkan berita keputusan daripada sampai ke diplomat Taiwan relevan yang berpangkalan di Afrika Selatan, katanya.

“Pada masa pegawai kami bergegas ke lapangan terbang, lapan warga Taiwan berkenaan telah dibawa secara paksa ke sebuah kapal terbang penumpang China Southern Airlines dan dihantar ke China.” Ia mengecam tindakan tersebut sebagai ‘tidak sah’ dan ‘tidak bertamadun’, berkata hak asasi manusia kelapan-lapan mereka telah dicabul.

“Kementerian luar negara menuntut China menghantar kelapan-lapan mereka ke Taiwan dengan segera,” katanya, juga menggesa pihak berkuasa Kenya supaya membebaskan 15 warga Taiwan lain yang dibebaskan daripada dakwaan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA