Tajul Hakim muncul juara

Tajul Hakim muncul juara

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 31 Mei – Awang Tajul Hakim bin Haji Masri muncul juara dalam Pertandingan Pidato bagi Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab dan Sekolah Vokasional Daerah Belait, yang diadakan pada Majlis Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan ke-63 Tahun di kawasan Taman Peranginan Jalan Sungai dekat sini, hari ini.

Dengan mendapat markah 83 peratus, Awang Tajul Hakim berjaya menewaskan lapan peserta lain untuk muncul juara, sekali gus menempatkan Awangku Muhd Nur Hakim bin Pengiran Saifuddin di tempat kedua dengan markah 81 peratus dan Awang Mohd Aiman bin Yahya di tempat ketiga dengan markah 79 peratus.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar selaku tetamu kehormat.

Antara sekolah yang menghantar wakil ke pertandingan itu termasuk Sekolah Menengah Chung Ching S eria, Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Sekolah St James, Sekolah Saint John, Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut.

Hajah Noorashidah menyampaikan hadiah kepada Awang Tajul Hakim.
Hajah Noorashidah menyampaikan hadiah kepada Awang Tajul Hakim.

Pertandingan ini dihasratkan sebagai platform untuk membiasakan para pelajar menyampaikan mesej secara lisan yang mengandungi idea menghuraikan dan merumuskan secara berkesan.

Ia juga diadakan untuk memastikan kemahiran seni pidato diwarisi oleh kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada hari muka.

ARTIKEL YANG SAMA