TAK dalang sebalik pengeboman Ankara

TAK dalang sebalik pengeboman Ankara

ISTANBUL/BERLIN, 17 Mac (AFP/Reuters) – Kumpulan militan Kurdistan Freedom Hawks (TAK) hari ini mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman nekad di bandar Ankara, Turki yang membunuh 37 orang, dan mengatakan ia akan menyerang pasukan keselamatan lagi.

Berasingan, Jerman telah menutup kedutaannya dan konsulat amnya di Istanbul disebabkan petunjuk bahawa serangan itu mungkin akan meletus lagi. Sekolah Jerman di Istanbul juga telah ditutup akibat ‘amaran belum disahkan’, kata Kementerian Luar Negeri Jerman.

Dalam satu kenyataan laman webnya, TAK menamakan pengebom wanita itu sebagai Seher Cagla Demir, yang telah terlibat sejak 2013, dalam ‘peperangan radikal ke atas dasar pembunuhan besar-besaran dan menyangkal rakyat Kurdish.

“Pada malam 13 Mac, serangan berani mati telah dilakukan di Ankara, nadi republik Turki. Kami menyasarkan pusat, tempat untuk membunuh ramai orang Kurdish,” menurut kenyataan itu.