Tak jadi kahwin ‘bakal suami’ menghilang diri

TAWAU, 10 Januari 2013 – Seorang wanita terpaksa melupakan hasratnya untuk berkahwin selepas pasangannya menghilangkan diri bersama wang sebanyak RM$15,000 yang dipinjamnya dari wanita tersebut.

Penjawat awam ini yang hanya mahu dikenali sebagai Ijah, 33, berkata kali terakhir beliau bertemu lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Nizam Jahari, 35, ialah pada bulan Disember lepas, sebelum tidak lagi dapat mengesan lelaki itu.

Beliau berkata beliau mengenali lelaki berkenaan menerusi sebuah laman web mencari jodoh pada Ogos tahun lalu dan selepas saling bertukar nombor telefon, mereka bertemu buat kali pertama pada 25 Dis tahun lalu.

“Selang beberapa hari lelaki ini datang menemui keluarga saya untuk melamar saya. Lelaki ini kemudian meminjam wang sebanyak RM$15,000 daripada saya, kononnya untuk membeli barangan hantaran perkahwinan tambahan serta untuk membayar deposit pembelian rumah bagi kegunaan kami selepas berkahwin kelak,” katanya.

Ijah berkata lelaki itu memberitahunya bahawa dia ber-asal dari Air Keroh, Melaka dan bekerja sebagai seorang guru di kawasan pedalaman di Merotai dan mereka saling bertemu pada hujung minggu.

Beliau berkata usaha ahli keluarganya mencari lelaki berkenaan di ‘sekolahnya’ juga

gagal malah yang lebih mengejutkan pegawai keselamatan yang bekerja sejak 10 tahun lalu di sekolah itu tidak kenal pun Cikgu Mohd Nizam.

“Saya sudah membuat laporan polis dan menurut pihak polis, nombor (pendaftaran) kereta yang digunakan ketika lelaki ini bertemu saya, juga adalah nombor pendaftaran kereta lain,” katanya. – Bernama