Tak kisah bukan pemain termahal

Tak kisah bukan pemain termahal

pg21_160903_c

LONDON, 2 Sept – Bintang Real Madrid, Gareth Bale (gambar) mendakwa dia tidak kisah kehilangan status sebagai pemain termahal dunia kepada perancang pasukan Manchester United, Paul Pogba.

Gelaran Bale sebagai pemegang rekod pemain termahal dunia selama tiga tahun berakhir apabila bintang Perancis itu menyertai United daripada Juventus dengan bayaran 89 juta pound bulan lalu.

Bayaran itu melepasi jumlah bayaran Real Madrid sebanyak 85.3 juta pound kepada Tottenham Hotspur bagi mendapatkan Bale yang juga penyerang Wales, pada tahun 2013.

“Saya tidak bimbang dan saya juga tidak kisah,” katanya. “Tidak ada pemain yang mengganggu saya mengenainya.”

Bale bercakap ketika makan malam Liga Juara-Juara UEFA bagi melancarkan ‘Road to Cardiff’ dengan final 2017 bakal diadakan di bandaraya asal beliau bertempat di Stadium Millennium.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pemain keenam memenangi Piala Eropah atau Liga Juara-Juara di laman sendiri dengan Madrid berjaya mempertahankan trofi sekali gus memenanginya buat kali ke-11 pada Mei lalu.

Lima pemain terdahulu yang turut memenangi kejuaraan di laman sendiri adalah Enrique Mateos (di Madrid bersama Real Madrid, 1957), Miguel Munoz (di Madrid bersama Real Madrid, 1957), Alex Stepney (di London bersama Manchester United, 1968), Angelo di Livio (di Rom bersama Juventus, 1996) dan Nicolas Anelka (di Paris bersama Real Madrid, 2000).

“Kita sedia maklum keputusan muktamad adalah di Cardiff dan amat mengagumkan untuk berada di sana,” kata Bale.

“Saya belum bertanya apa-apa (mengenai Cardiff) lagi tetapi para pemain telah melalui pengalaman Wales dan iklim Piala Super.

“Saya pasti mereka akan bertanya jika kami semakin dekat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA