Tak mahu main, jual

Tak mahu main, jual

SEATTLE, AS, 16 Julai – Pengendali Manchester United Louis van Gaal berkata, penjaga gol Victor Valdes adalah untuk dijual selepas ‘enggan bermain’ bersama pasukan kedua kelab itu.

Van Gaal berkata bekas penjaga gol Barcelona itu yang menyertai United pada Januari hampir menamatkan kariernya di Old Trafford selepas gagal untuk memenuhi falsafah kelab itu.

“Apabila kamu tidak bersedia untuk mengikuti prinsip daripada falsafah, hanya ada satu cara, dan ia adalah keluar,” kata Van Gaal ketika sidang media memperkenalkan pemain baharu kelab itu pada jelajah pra musim di Amerika Syarikat (AS).

Valdes yang dipancing pada Januari dan dikatakan akan mengisi kekosongan ditinggalkan David De Gea seandainya penjaga gol Sepanyol itu berpindah tidak berada dalam skuad Man United yang tiba di AS, Isnin lalu.

Van Gaal mendedahkan pemain Sepanyol berusia 33 tahun itu tidak dibawa bersama kerana ‘tidak mengikuti falsafah saya’.

Valdes bakal dijual kerana enggan beraksi bersama pasukan kedua Manchester United. – Reuters
Valdes bakal dijual kerana enggan beraksi bersama pasukan kedua Manchester United. – Reuters

“Falsafahnya adalah bagaimana kamu bermain bola sepak dan bagaimana kamu mengekalkan rentak perlawanan kamu,” kata Van Gaal.

“Sebagai contoh, dia enggan bermain bersama pasukan kedua tahun lalu. Itu adalah satu aspek daripada falsafah kami namun ada banyak lagi perkara yang perlu dipatuhi untuk bermain seperti penjaga gol Manchester United.”

Ditanya jika United merancang untuk menjual Valdes, Van Gaal membalas: “Ya.” Valdes ditawarkan untuk berlatih bersama United pada Oktober 2014 ketika berusaha untuk pulih daripada kecederaan lutut. United akan memulakan saingan Piala Kejuaraan menentang kelab Mexico, America esok (Jumaat). – AFP

ARTIKEL YANG SAMA