Tak sabar gegar Etihad

Tak sabar gegar Etihad

LONDON, 1 Nov (Agensi) – Kelechi Iheanacho sudah sedia untuk mencipta nama di Manchester City selepas menyempurnakan aksi sulung perlawanan penuh dengan aksi membanggakan ke atas Crystal Palace dalam saingan Piala Liga.

Pemain berusia 19 tahun itu menjaringkan satu gol dan mencipta dua jaringan, ketika skuad Manuel Pellegrini itu membelasah Eagles 5-1 untuk mara ke suku akhir menentang Hull.

Pencapaian cemerlang itu adalah susulan gol perdananya Liga Perdana Inggeris, juga sewaktu menentang Palace bulan lalu apabila tampil sebagai pemain gantian, pada penampilan keduanya bersama skuad senior.

Pellegrini mempercepatkan perkembangan pemain remaja itu dari Skuad Pembangunan Elit City selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Nigeria dalam Piala Dunia Bawah 17.

Gambar fail bertarikh 28 Oktober 2015 menunjukkan penyerang Manchester City, Kelechi Iheanacho (kanan) meraikan kejayaannya membolosi gol Crystal Palace di Stadium Etihad di Manchester, England. – AFP
Gambar fail bertarikh 28 Oktober 2015 menunjukkan penyerang Manchester City, Kelechi Iheanacho (kanan) meraikan kejayaannya membolosi gol Crystal Palace di Stadium Etihad di Manchester, England. – AFP

Iheanacho menegaskan bahawa keluarganya di Afrika serta ingatan terhadap ibunya, Mercy yang maut akibat penyakit pada usia 43 tahun mencetus inspirasi buatnya.

“Bapa saya seorang peniaga dan ibu saya pula guru, tetapi dia meninggal dunia ketika saya berusia 14 tahun, sesuatu yang sukar kami terima. Saya mempunyai dua abang dan seorang kakak di Nigeria. Apa saja yang saya lakukan, saya lakukan demi ibu dan keluarga dan itulah yang menjadi pendorong. Pada mulanya saya bermain bola sepak setiap hari bersama abang dan rakan di jalanan, sekolah mahu pun rumah. Itu saja yang ingin saya lakukan,” kata penyerang itu.