Takaful Brunei ceriakan kanak-kanak istimewa

Takaful Brunei ceriakan kanak-kanak istimewa

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Takaful Brunei Sdn Bhd, semalam, telah menceriakan lebih 100 orang kanak-kanak istimewa, ibu bapa dan guru-guru dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dengan membawa mereka menonton filem animasi terbaru ‘Zootopia’ di The Empire Cineplex.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat dan usaha para pegawai Takaful Brunei dan sukarelawan dari TBA dan TBK untuk berkongsi pengalaman dengan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat serta membawa senyuman kepada kanak-kanak pusat berkenaan.

“Kami melihat beberapa orang sukarelawan mengajar anak-anak membaca Al-Quran, melukis, membaca buku, bantuan dandanan dan banyak lagi. Kami mahu orang ramai menyedari bahawa sumbangan kecil boleh membuat perbezaan besar untuk kanak-kanak Pusat Ehsan dalam kehidupan seharian mereka,” kata Pegawai Pemasaran Takaful Brunei, Hajah Nabilah binti Pehin Abas.

Gambar ramai kanak-kanak istimewa, ibu bapa dan guru-guru dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bersama wakil dari Takaful Brunei Sdn Bhd.
Gambar ramai kanak-kanak istimewa, ibu bapa dan guru-guru dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bersama wakil dari Takaful Brunei Sdn Bhd.

Menurut beliau, Takaful Brunei sebelum ini telah membuat persediaan dengan melawat Pusat Ehsan bagi membiasakan diri dengan aktiviti harian kanak-kanak dalam kelas masing-masing.

Mereka juga akan melancarkan lebih banyak inisiatif untuk membantu kanak-kanak pusat berkenaan dan mereka yang kurang bernasib baik sepanjang tahun ini, menurut Hajah Nabilah lagi.