Takata jejas keuntungan Honda

Takata jejas keuntungan Honda

TOKYO, 13 Mei (AFP) – Honda Motor hari ini berkata keuntungan bersih setahun penuh menurun satu pertiga, tertekan oleh krisis meletupnya beg udar pada pembekal utama Takata yang telah menyebabkan penarikan balik seluruh dunia.

Honda Tokyo merupakan pembeli terbesar beg-beg udara dari Takata, yang bergelut untuk mengatasi satu kecacatan yang telah dikaitkan dengan kematian 13 orang dan membawa kepada penarikan balik global puluhan juta inflator.

Menurut Honda keuntungan bersih pada 344.5 bilion yrn (AS$3.2 juta) bagi tahun fiskal dari Mac, menurun 32.4 peratus dari setahun ke setahun.

Keuntungan operasi menurun 24.9 peratus ke 503.4 bilion yen, sementara jualan-jualan tahunan meningkat 9.6 peratus ke 14.6 trilion yen, menurut Honda lagi.

Pengawal selia keselamatan auto AS minggu lepas mengarahkan Takata untuk menarik balik di antara 35 juta dan 40 juta beg udara yang dipasang pada kereta-kereta AS, dalam satu desakan bagi penggantian inflator berbahaya itu.

Naib Presiden Eksekutif Honda Motor Jepun, Tetsua Imura ketika hadir bagi sesi sidang media di ibu pejabat syarikat itu, kelmarin. – AFP
Naib Presiden Eksekutif Honda Motor Jepun, Tetsua Imura ketika hadir bagi sesi sidang media di ibu pejabat syarikat itu, kelmarin. – AFP

Keputusan itu tiba selepas Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan membuat kesimpulan bahawa inflator itu berisiko untuk pecah, menambah kepada kira-kira 29 juta beg udara Takata yang ditarik balik di AS.

Takata berkata pada Rabu lepas bahawa dalam tahun perniagaan hingga Mac ia mencatat kerugian bersih 13.08 bilion yen.

Syarikat itu berkata ia mencatatkan kerugian khas dikaitkan dengan masalah beg udara itu, termasuk satu denda dikenakan di Amerika Syarikat.

Media setempat berkata Honda akan menarik balik tambahan 20 juta beg udara yang dibuat oleh Takata secara global namun jurucakap Honda menafikan laporan-laporan itu.