Takata tarik balik 35 juta beg udara

Takata tarik balik 35 juta beg udara

WASHINGTON, 4 Mei (AFP) – Takata sedang bersiap sedia untuk menarik balik sekurang-kurangnya 35 juta beg udara di AS untuk mengatasi kerosakan yang dikaitkan dengan 11 kematian, lapor The Wall Street Journal semalam.

Penarikan balik tambahan oleh pembekal alat ganti kereta Jepun itu mungkin diumumkan seawalnya pada minggu ini, kata akhbar, memetik orang yang rapat dengan situasi berkenaan.

Kira-kira 50 juta beg udara Takata telahpun ditarik balik di seluruh dunia, termasuk kira-kira 28 juta di Amerika Syarikat, untuk mengatasi satu kerosakan yang boleh menyebabkan beg udara meletup, menyembur pemandu atau penumpang dengan serpihan logam dan plastik.

Ketika dihubungi oleh AFP, pegawai dengan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional enggan memberi komen. Agensi itu berkata pada Februari bahawa berpuluh juta kereta tambahan di Amerika Syarikat mungkin ditarik balik.

Syarikat Takata akan menarik balik sekurang-kurangnya 35 juta lagi beg udara bermasalah mereka. – AP
Syarikat Takata akan menarik balik sekurang-kurangnya 35 juta lagi beg udara bermasalah mereka. – AP

Meskipun menghadapi pelbagai siasatan, pegawai AS gagal menyelesai punca sebenar masalah. Bagaimanapun, mereka percaya masalah itu mungkin timbul dalam kereta lebih lama dan dalam iklim di mana kelembapan adalah tinggi.

Pada November, NHTSA mengenakan denda awam bernilai $200 juta ke atas Takata kerana memberikan maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat mengenai peranti keselamatan yang dipasang dalam berjuta-juta kereta.