Takbir Raya berkumandang di Kg Muhibbah

Takbir Raya berkumandang di Kg Muhibbah

Oleh Rahmat bin Haji Abdul Rahman

 

LAHAD DATU, Sabah, 17 Julai – Para penduduk Kampung Muhibbah di daerah ini telah turun seawal jam 6 pagi, hari ini, untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri untuk bertakbir beramai-ramai di masjid.

Mereka datang dengan berpakaian baru dan cantik sekali gus memeriahkan suasana selepas menunaikan kewajipan rukun Islam ketiga selama 29 hari.

Takbir Hari Raya dimulakan selepas solat fardu Subuh sehinggalah takbir diberhentikan kira-kira jam 7:30 pagi.

Imam Masjid Kampung Muhibbah telah memaklumkan kepada para jemaah bahawa wang sumbangan daripada para jemaah yang dikumpulkan selama satu tahun itu telah digunakan bagi menukar atap masjid dengan jumlah lebih RM160,000.00

p08-1_20150718

Selepas itu Imam mengumumkan cara-cara lafaz bacaan dan niat bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. Ini diselajurkan dengan bacaan dua khutbah yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Muhibbah, Lahad Datu.

Solat sunat Aidilfitri dan khutbah berakhir kira-kira jam 8:15 pagi.