Taklimat beriga kebaikan menderma darah

Taklimat beriga kebaikan menderma darah

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Bagi memberigakan kebaikan menderma darah kepada para pelajar dan tenaga pengajar, Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), baru-baru ini, telah mengadakan taklimat menderma darah di Sekolah Vokasional Wasan (SVW).

Taklimat disampaikan oleh Penyelia Penderma Darah, Pusat Menderma Darah, Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud, dan dihadiri oleh Timbalan Pengetua SVW, Hajah Maznah binti Haji Abdullah, guru-guru, kakitangan dan para penuntut sekolah berkenaan.

Haji Matusop memberitahu taklimat berkenaan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar dan tenaga pengajar akan persediaan menderma darah dan kebaikan menderma darah, serta menggalakkan supaya generasi muda akan menjadi penderma darah tetap dan boleh menjadi contoh tauladan yang baik untuk orang ramai.

Taklimat mengenai menderma darah telah disampaikan oleh Haji Matusop.
Taklimat mengenai menderma darah telah disampaikan oleh Haji Matusop.
Guru-guru dan para penuntut yang menghadiri taklimat tersebut.
Guru-guru dan para penuntut yang menghadiri taklimat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA