Taklimat beriga pencegahan kebakaran di sekolah

Taklimat beriga pencegahan kebakaran di sekolah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Bagi memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai pencegahan kebakaran dan cara-cara menggunakan alat pemadan api dengan betul kepada warganya, Sekolah Rendah Rimba 1, baru-baru ini telah mengadakan taklimat kebakaran yang berlangsung di Dewan Perpaduan, sekolah berkenaan.

Taklimat yang dihadiri oleh murid-murid serta ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, telah disampaikan oleh Pegawai Bomba, Pengiran Mohd Shah Al-Mustain Billah bin Pengiran Haji Azahari.

Dalam taklimat itu, beliau menasihatkan supaya berasa tenang, jangan keluar berebut-rebut dan berjalan dengan selamat sekiranya berlaku kebakaran dalam bangunan.

Selain itu, beliau turut menerangkan tatacara meninggalkan bangunan, yang mana sebelum meninggalkan bilik, pastikan semua pintu penghadang api atau pintu biasa dan jendela dalam keadaan tertutup dan menggunakan masa tidak melebihi tiga minit untuk keluar atau mengosongkan bangunan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi memadamkan api.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat demonstrasi memadamkan api.

ARTIKEL YANG SAMA