Taklimat bersama penghulu, ketua kampung

Taklimat bersama penghulu, ketua kampung

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Balai Polis Kampung Ayer menganjurkan perjumpaan dan taklimat bersama penghulu dan ketua-ketua kampung serta ahli Pengawasan Kejiranan di Dewan Sungai Asam, Kampung Lumapas baru-baru ini.

Hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Haji Jumaat bin Akim, Pemangku Pegawai pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara, Awang Mazalan bin Yakub, Penghulu Mukim Lumapas, Haji Bakar bin Mansor dan ketua-ketua kampung di bawah Mukim

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kampung Ayer, Inspektor Siti Hasinah binti Hassan yang menyentuh mengenai tugas-tugas sebagai ahli Pengawasan Kejiranan dan seterusnya menyampaikan statistik kes jenayah yang sering dilaporkan di bawah Balai Polis Kampong Ayer.

Turut menyampaikan taklimat ialah Pemangku ketua Unit Perhubungan Awam, ASP Haji Mohd Noor bin Abdul Rahman.

Pada perjumpaan itu, hadirin turut diberi peluang untuk menyuarakan permasalahan berhubung dengan jenayah dan isu-isu atau gejala-gejala sosial yang dihadapi di kampung masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA