Taklimat kejohanan lumba perahu 15 Mei

Taklimat kejohanan lumba perahu 15 Mei

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERKEBAR) ingin memaklumkan kepada pengurus-pengurus pasukan yang akan menyertai Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan Kali Ke-23, 2016 bahawa sesi taklimat mengenainya akan diadakan pada Hari Ahad, 15 Mei 2016 bertempat di Kompleks Sukan Air, Serasa pada jam 9 pagi.

Sehubungan itu, pengurus-pengurus pasukan diingatkan untuk membawa bersama borang dan pembayaran penyertaan semasa sesi taklimat tersebut. Kejohanan tersebut juga merupakan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

ARTIKEL YANG SAMA