Taklimat kene...

Taklimat kenegaraan diteruskan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 13 Feb – Jabatan Penerangan Cawangan Daerah Belait telah meneruskan Program Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara’ kepada para pelajar Tahun 7, Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Kuala Belait, hari ini.

Taklimat yang dihadiri oleh timbalan pengetua, guru dan hampir 100 orang pelajar sekolah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Penerangan Cawangan Daerah Belait, Awang Mohamad Hisyam bin Idris.

Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Di samping itu, para pelajar juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’, video animasi ‘Tatacara Mengibarkan Bendera’ dan turut menyertai Kuiz Kenegaraan.

Awang Mohamad Hisyam ketika menyampaikan taklimat kenegaraan kepada hampir 100 pelajar Tahun 7 SM Chung Hua Kuala Belait.
Awang Mohamad Hisyam ketika menyampaikan taklimat kenegaraan kepada hampir 100 pelajar Tahun 7 SM Chung Hua Kuala Belait.

Program tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya menjawab kuiz dan penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.

Program itu merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

ARTIKEL YANG SAMA