Taklimat kenegaraan terus giat dijalankan

Taklimat kenegaraan terus giat dijalankan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah meneruskan lagi Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara’ dengan kali ini diadakan di Sekolah Menengah Katok, di sini, hari ini.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Noriah binti Haji Abdul Hamid, yang antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ dengan terperinci.

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara’ dan video animasi ‘Tatacara Mengibarkan Bendera’ di samping menyertai kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Dayang Dona Azfina binti Ibrahim.

Seramai 130 orang pelajar Tahun 8 dari Sekolah Menengah Katok mendengarkan taklimat tersebut.
Seramai 130 orang pelajar Tahun 8 dari Sekolah Menengah Katok mendengarkan taklimat tersebut.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada 10 orang penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.

Program ini adalah salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyamai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

Program berkenaan dihadiri oleh guru-guru kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan serta 130 orang pelajar Tahun 8 sekolah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA