Taklimat kerjaya banyak manfaat

Taklimat kerjaya banyak manfaat

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Pusat Pembangunan Belia (PPB), hari ini, telah mengadakan Taklimat Kerjaya daripada PAR Group of Companies bagi pelatih Kursus Sijil Kecekapan Kemahiran dalam Persediaan Makanan Asas dan Kursus Asas Perkhidmatan Makanan dan Minuman.

Menurut PPB, taklimat kerjaya yang berlangsung di Bengkel Culinary and Banqueting,PPB ini telah diaturkan oleh Unit Penyelidikan dan Kerjayanya dengan menjemput seramai 30 orang pelatih pusat khasnya para pelatih yang akan menamatkan Program Penempatan Kerja pada 31 Disember 2015 setelah enam bulan menjalani tempoh penempatan.

Ia antara lain bertujuan untuk memberigakan pelbagai peluang pekerjaan serta prospek pekerjaan dan haluan kerjaya dalam industri makanan dan minuman setelah tamat program penempatan.

Di samping itu, taklimat ini juga memberi peluang kepada para pelatih untuk berkongsi pengalaman praktikal mereka semasa menjalani Program Penempatan Kerja khasnya di sektor swasta.

Wakil dari PAR Group of Companies tatkala menyampaikan taklimat tersebut.
Wakil dari PAR Group of Companies tatkala menyampaikan taklimat tersebut.
Para pelatih Kursus Sijil Kecekapan Kemahiran dalam Persediaan Makanan Asas dan Kursus Asas Perkhidmatan Makanan dan Minuman tekun mendengar taklimat.
Para pelatih Kursus Sijil Kecekapan Kemahiran dalam Persediaan Makanan Asas dan Kursus Asas Perkhidmatan Makanan dan Minuman tekun mendengar taklimat.

Tiga wakil dari PAR Group of Companies telah dijemput untuk menyampaikan taklimat iaitu Pengurus Sumber Manusia, Awang Heidi Jailani, Pengurus Outlet Kanan, Mary Ann D. Serenas dan Pelatih Lapangan Junior, Ampuan Nur Hanisah binti Ampuan Abu Bakar.

Di antara pengisian taklimat adalah mengenai rangkaian anak-anak syarikat di bawah PAR Group of Companies iaitu The Coffee Bean & Tea Leaf, My Town Eating House, Le Gallery Suite Hotel dan Charcoal Bbq & Grill, serta peluang-peluang pekerjaan dan latihan dalam industri yang ditawarkan khasnya bagi para belia di Negara Brunei Darussalam.

PPB dalam kenyataannya menyatakan, dengan adanya taklimat kerjaya sebegini, pihak pusat, khasnya Unit Penyelidikan dan Kerjaya, akan dapat meneliti dan memantau kemahiran para pelatih agar dapat memberikan hasil yang terbaik dalam bidang yang mereka pelajari selari dengan kehendak pasaran industri.

Di samping itu, pihak PPB juga dapat mengenal pasti para stakeholder dalam industri makanan dan minuman serta majikan yang berminat untuk membuat penilaian secara berterusan terhadap calon-calon belia yang berpotensi untuk diambil menyumbang khidmat dan kemahiranmereka.

ARTIKEL YANG SAMA