Taklimat kesedaran keusahawanan Politeknik Brunei

Taklimat kesedaran keusahawanan Politeknik Brunei

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Politeknik Brunei telah menganjurkan taklimat mengenai keusahawanan yang berlangsung di Bilik Syarahan, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Politeknik Brunei, di sini, petang ini.

Tujuan utama taklimat bagi pelajar tahun pertama pengambilan 4 dan 5 Diploma dan Pengajian Perniagaan itu adalah untuk memberikan kesedaran dalam kalangan para pelajar untuk mengesan awal perjalanan keusahawanan selepas menamatkan pengajian mereka nanti.

Hadir bagi menyampaikan taklimat berkenaan ialah Pengasas Bersama Lighthouse Solution, Simon Soo dan Pengurus Projek Lighthouse Solution, Awangku Amirul.

Simon Soo ketika menerangkan perbezaan di antara Start-up dan Entrepreneurship.
Simon Soo ketika menerangkan perbezaan di antara Start-up dan Entrepreneurship.

Pasukan dari Lighthouse Solution juga mempamerkan produk-produk “Quokka Deals: The Little Book of Big Savings”

Produk dan idea berkenaan dibentuk oleh sekumpulan graduan baru dari Universiti Brunei Darussalam dan digunakan oleh pelbagai kumpulan umur.

Idea bagi produk berkenaan adalah untuk menunjukkan para pelajar bahawa menyedari idea boleh menghasilkan keputusan yang positif.