Taklimat kese...

Taklimat keselamatan penggunaan bot-bot kerajaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan baru-baru ini menganjurkan Taklimat Garis Pandu Keselamatan Penggunaan Bot-bot Kerajaan bagi Pemandu dan Penumpang dengan kerjasama Jabatan Laut bagi pegawai dan kakitangan jabatan tersebut di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, taklimat dihadiri lebih kurang 30 pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan tersebut dari cawangan seluruh daerah. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Jabatan Laut, Awang Alisham bin Haji Awang Besar yang antara lainnya menekankan mengenai tatacara keselamatan dan tindakan yang perlu diambil oleh pemandu dan penumpang jika berlaku kejadian-kejadian kecemasan.

Ia juga mendedahkan kepentingan perancangan dan persediaan pemandu dan pe-numpang dan juga risiko-risiko yang dihadapi mereka semasa berada di laut.

Antara warga Jab. Ukur yang menghadiri taklimat.
Antara warga Jab. Ukur yang menghadiri taklimat.