Taklimat kesihatan di IBTE

Taklimat kesihatan di IBTE

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Bagi meningkatkan kesedaran mengenai Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), taklimat promosi kesihatan telah diadakan khas bagi pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di Dewan Teater, Kampus Perdagangan IBTE, Gadong.

Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, yang merangkumi taklimat kesedaran mengenai bahaya tembakau, penggunaan Vape di Brunei Darussalam dan pengurus stres disampaikan oleh Dayang Nurliyana binti Haji Mohd Noor.

Selain itu, taklimat turut mengetengahkan mengenai kepentingan aktiviti fizikal yang disampaikan oleh Dayang Ummi Salmah binti Arrif dan pemakanan sihat oleh Dayang Rusydiah binti Haji Sudin.

Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran dan praktikal HSE kepada para pelajar IBTE mengenai kepentingannya, selain itu, ia juga sebagai mempromosi kehidupan sihat dalam kalangan pelajar dan guru-guru di Kampus Perdagangan IBTE.

Nurliyana menyampaikan taklimat mengenai Pengurusan Stres.
Nurliyana menyampaikan taklimat mengenai Pengurusan Stres.

ARTIKEL YANG SAMA