Taklimat PKBN di Maktab SOAS hari ini

Taklimat PKBN di Maktab SOAS hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Dalam usaha memberigakan mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) secara meluas kepada para belia di negara ini, majlis taklimat akan diadakan esok (29 September) di Dewan Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) bermula 8 hingga 10 pagi.

Jerayawara tersebut merupakan anjuran Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN) melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Menurut kenyataan di sini, jerayawara itu juga merupakan pendedahan terhadap penyertaan latihan PKBN Pengambilan ke-5 nanti.

ARTIKEL YANG SAMA