Taklimat PKBN di Maktab SOAS

Taklimat PKBN di Maktab SOAS

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Danial Norjidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Pelajar-pelajar Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), hari ini, mendengar taklimat mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang berlangsung di dewan maktab berkenaan, di ibu negara.

Taklimat berkenaan adalah sebahagian daripada jerayawara PKBN yang kini giat diadakan dan pada majlis itu para pelajar turut didedahkan kepada pengalaman peserta yang menyertai PKBN sebelum ini.

Selain daripada itu, majlis turut mendengarkan pembentangan oleh Pegawai Sekretariat PKBN, Dayang Rohani binti Haji Hasan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pelajar turut mendaftarkan diri untuk menyertai PKBN di sini.
Pelajar turut mendaftarkan diri untuk menyertai PKBN di sini.
Kalangan pelajar yang turut menghadiri majlis itu.
Kalangan pelajar yang turut menghadiri majlis itu.

Beliau antara lain menerangkan mengenai visi dan misi, maklumat, latar belakang dan komponen kursus dan latihan PKBN yang menjuruskan kepada pembangunan dan peningkatan semangat patriotisme, serta komitmen kepada negara, raja, bangsa dan agama dalam kalangan pesertanya.

Selepas taklimat itu, pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk menyertai PKBN turut mendaftarkan diri.

Jerayawara itu, seterusnya akan diadakan di Sekolah Menengah Berakas pada Khamis dan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong, Sabtu ini.

ARTIKEL YANG SAMA