Taklimat ProQuest di MTSSR

Taklimat ProQuest di MTSSR

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Seramai 50 orang pelajar Tahun 2 Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), hari ini, menghadiri taklimat mengenai ProQuest yang julung kalinya dihoskan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR) anjuran Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Taklimat yang berlangsung di Dewan Kuliah Sekolah Perdagangan itu disampaikan oleh Pengurus Akaun ProQuest, Asia Tengara, Kelvin Low yang antara lain menyentuh mengenai latar belakang ProQuest di samping menjelaskan mengenai program latihan yang diadakan, yang menurutnya dapat membantu berkongsi mengenai cara menggunakan sumber publisiti yang terdapat di ProQuest.

Kelvin Low semasa ditemui menjelaskan, “Kami memenuhi keperluan pelbagai jenis institusi di negara ini dan dengan ini sesi latihan tertentu dan inisiatif oleh Universiti Brunei Darussalam, kami juga memberikan kesedaran dan publisiti kepada semua pelajar, ahli akademik dan institusi mengenai keupayaan perkhidmatan ini.”

Menurutnya, sumber sangat berguna untuk semua penyelidik, pelajar dan ahli akademik kerana mereka boleh mencari maklumat dan bahan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, ekonomi, sains, teknologi, perubatan dan sains sosial.

Antara pelajar yang menghadiri taklimat mengenai ProQuest.
Antara pelajar yang menghadiri taklimat mengenai ProQuest.
Kelvin Low menjelaskan bahawa perkhidmatan ProQuest mendapat respons yang baik sejak enam tahun ditubuhkan.
Kelvin Low menjelaskan bahawa perkhidmatan ProQuest mendapat respons yang baik sejak enam tahun ditubuhkan.

Selain itu, beliau juga menekankan sepanjang tempoh enam tahun perkhidmatan ini diperkenalkan kepada pelajar, mereka menerima respons yang memuaskan setelah Kementerian Pendidikan membawa inisiatif produktif bagi mewujudkan satu masyarakat yang sangat bermaklumat.

“Ini terutamanya dalam kalangan pelajar di Negara Brunei Darussalam yang memerlukan sumber dan maklumat perbandingan,” tambahnya.

Sementara beberapa pelajar yang ditemui memberitahu taklimat ini dapat membantu mereka dalam bahan rujukan untuk projek sekolah dengan lebih mudah dan berkesan.

Institut di bawah IBTE ialah MTSSR, Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam (SVNR), Sekolah Perdagangan, Sekolah Vokasional Sufri Bolkiah (SVSB), Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB), Pusat Latihan Mekanik (PLM) dan Sekolah Vokasional Wasan (SVW).

ARTIKEL YANG SAMA