Taklimat semai patriotisme

Taklimat semai patriotisme

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme para pelajar untuk menghormati dan menjiwai lagu kebangsaan, diteruskan lagi hari ini melalui taklimat di Sekolah Nusa Laila Puteri, Jangsak.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail dari Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan yang menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan negara ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Pada taklimat itu juga, beliau menjelaskan lebih lanjut mengenai definisi bendera, peranan dan sejarah bendera dan lagu kebangsaan. Pelajar juga berpeluang menyaksikan tayangan video klip ‘Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara’ dan menyertai kuiz kenegaraan.

Ia diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz dan penyampaian cenderamata kepada Pengetua Sekolah, Dayang Rosalinda bin Abdullah.

Salah seorang pelajar Sekolah Nusa Laila Puteri menjawab kuiz kenegaraan.
Salah seorang pelajar Sekolah Nusa Laila Puteri menjawab kuiz kenegaraan.

ARTIKEL YANG SAMA