Takraw Terbuka Hari Keputeraan di Temburong

Takraw Terbuka Hari Keputeraan di Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 31 Ogos – Sebanyak 14 pasukan berentap dalam Kejohanan Sepak Takraw Terbuka sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69, Peringkat Daerah Temburong, yang berlangsung di Kompleks Sukan Batu Apoi di sini.

Perlawanan akhir hari ini menyaksikan Pasukan S.ALAM ‘A’ membenam Pasukan TBN ‘B’ untuk menjuarai Kategori Terbuka, sementara dalam Kategori Veteran Pasukan Stoneville muncul juara setelah menumpaskan Pasukan Sungai Tanit. Hadir menyaksikan perlawanan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Penolong Pegawai Daerah Temburong, Amir Hairil bin Haji Mahmud.

Sebelum itu, Pengerusi Kejohanan Haji Jambol bin Haji Kahar menyatakan perlawanan ini diungkayahkan untuk meningkatkan mutu permainan serta merapatkan silaturahim.

Menurut beliau lagi, tidak mustahil belia dari daerah ini mencapai mutu permainan setanding dengan pemain luar dengan syarat perlu adanya jurulatih yang membimbing mereka secara berterusan pada masa akan datang.

Antara aksi menarik perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Hari Keputeraan di Temburong.
Antara aksi menarik perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Hari Keputeraan di Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA