Taktik LVG perlu diubah

Taktik LVG perlu diubah

MANCHESTER, 24 Jan – Louis van Gaal terpaksa menerima reaksi marah penyokong Manchester United selepas skuad kendaliannya tewas 1-0 kepada Southampton, yang disifatkan sebagai detik paling buruk dilalui sejak musim bergolak skuad Red Devils.

Anak buah Van Gaal gagal menjaringkan sebarang gol di Old Trafford dalam tujuh perlawanan dan terpaksa akur tewas hasil jaringan lewat Charlie Austin yang membuat penampilan bersama The Saints.

United yang mengumpul 37 mata kini dipisahkan lima mata dengan tempat keempat yang dihuni Tottenham Hotspur untuk terus memberikan tekanan kepada Van Gaal selepas sekadar menang tiga kali dalam 13 perlawanan.

“Ya, kerana ia sangat jelas. Saya boleh bayangkan kenapa kerana saya sudah menyaksikan permainan paling buruk. Saya tidak boleh tukar perasaan.

“Saya hanya boleh bekerja dengan pemain untuk tingkatkan permainan dan itu yang sedang kami lakukan sekarang.

“Sudah pasti saya kecewa tetapi saya juga perlu fikir bagaimana untuk ubah semua ini.” – AFP