Taktik terbaru penyeludup rokok

Taktik terbaru penyeludup rokok

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Taktik penyeludup rokok meninggalkan bahan tegahan di bawah bangunan di kawasan Kampong Ayer berjaya dikesan oleh polis.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni yang sedang membuat rondaan di Sungai Putat kelmarin (29 Jun) mendapat maklumat daripada orang awam yang terlihat beberapa kotak yang mencurigakan di bawah tiang Sekolah Rendah Dato Jamil Kampong Setia ‘A’.

Ekoran itu, anggota-anggota peronda segera ke tempat kejadian untuk memeriksa kotak-kotak tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak yang mengandungi barang-barang tegahan iaitu 15 tin minuman keras serta 65 kartun rokok pelbagai jenis.

Melalui siasatan itu, polis percaya bahawa ia adalah modus operandi terbaru yang dibuat oleh penyeludup barang-barang tegahan ini dengan meninggalkan barang-barang tegahan tersebut di bawah bangunan di kawasan rumah di Kampong Ayer.

Pihak polis berjaya menemui barang-barang tegahan yang disorokkan di bawah bangunan sekolah.
Pihak polis berjaya menemui barang-barang tegahan yang disorokkan di bawah bangunan sekolah.

Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi penghargaan di atas maklumat orang awam itu dan menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyeludupan dan mengingatkan sekali lagi untuk melaporkan ke talian kecemasan 993 dan Balai Polis yang berdekatan jika terlihat sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA