Takut akan Trump, bergegas tukar kerakyatan

Takut akan Trump, bergegas tukar kerakyatan

MIAMI, 2 Mei (AP) – Pada awal pagi baru-baru ini di South Florida, Edgar Ospina, 50, berbaris dalam barisan panjang pendatang luar untuk mengambil langkah pertama untuk menjadi warga Amerika.

Ospina yang menghabiskan hampir separuh kehidupannya di Amerika Syarikat selepas berhijrah dari negara asalnya Columbia, menjadi layak bagi status warganegara pada 1990. Namun dengan Donald Trump nampaknya menjadi calon presiden ketika ini, Ospina membuat keputusan untuk tidak lagi menunggu, bergegas mengisikan borang yang diperlukan untuk menjadi seorang warganegara.

“Trump memisahkan kami sebagai sebuah negara,” kata Opina, pemilik syarikat pengubahsuaian lantai dan dapur kecil. “Dia begitu negatif terhadap pendatang. Kami perlu menyuarakan diri.”

Di seluruh negara, pendatang seperti Ospina adalah sebahagian puluhan ribu yang memohon bagi kerakyatan dalam tahun di mana imigrasi telah menjadi perbualan utama dalam kempen presiden, terutama dalam perlumbaan bagi pencalonan Republikan.

Edgar Ospina yang mempercepatkan proses bagi menjadi kerakyatan Amerika Syarikat disebabkan gentar dengan kempen Donald Trump. – AP
Edgar Ospina yang mempercepatkan proses bagi menjadi kerakyatan Amerika Syarikat disebabkan gentar dengan kempen Donald Trump. – AP

Trump, telah berikrar untuk mengusir anggaran 11 juta orang yang tinggal di AS secara haram. Dia juga berjanji untuk menghalang orang Islam dari memasuki negara itu dan mengancam untuk memotong khidmat pengiriman wang pendatang Mexico yang berada di AS ke negara asal mereka. Dan berhasrat untuk membangun dinding sempadan, dan mengatakan pihak kerajaan negeri gagal untuk melindungi sempadan daripada kemasukan orang dan dadah secara haram memasuki negara itu.

Akibat dari itu, membuatkan para pendatang bergegas untuk menjadi warganegara.

“Terdapat kebimbangan dalam kempen Trump,” kata Maria Ponce, ahli kumpulan hak asasi pendatang yang berpangkalan di Washington yang berganding bahu dengan organisasi-organisasi lain untuk membantu sesiapa yang mencari kerakyatan, sebahagian kempen negara yang digelar “Bangkit kepada Kebencian.” Mereka telah menaja bengkel-bengkel kerakyatan dari negeri Washington ke Nebraska dan Massachusetts.

Seluruh negara, pendaftaran kerakyatan telah meningkat 14 peratus semenjak enam bulan terakhir pada 2015 dibandingkan dengan tempoh sama pada 2014, menurut kerajaan.