Takziah buat jemaah haji Iran

Takziah buat jemaah haji Iran

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Insiden yang berlaku di Mina pada 24 September lalu di Mekah, membawa kepada kematian lebih 4,000 jemaah Haji telah disahkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Republik Islam Iran ke Brunei Darussalam, salah seorang daripada mangsa ialah bekas Duta Besar Republik Iran ke Slovenia, Mohammad Rahim Aghaei.

Sehubungan dengan itu, ahli-ahli Kor Diplomatik Brunei Darussalam, telah berkunjung ke Kedutaan Republik Iran di Brunei Darussalam bagi menandatangani buku Takziah, di mana kedatangan para wakil diplomatik dialu-alukan oleh Duta Besar Republik Islam Iran ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri.

Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri (kiri) bersama Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar (Kanan).
Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri (kiri) bersama Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar (Kanan).

Tuan Yang Terutama bercakap kepada media, memberitahu bahawa Kedutaan Republik Islam Iran telah menerima berita bahawa lebih 200 jemaah Iran masih hilang dalam Insiden itu, dan ada beberapa daripadanya yang tercedera telah dibawa ke hospital.

“Ahli-ahli Kor Diplomatik menandatangani buku Takziah sejak semalam dan Kedutaan Iran akan membukakan buku Takziah tersebut hingga petang. Kami tidak akan melupakan memori pahit ini dan menyampaikan takziah kepada kaum keluarga yang terbunuh di Mina,” ujar Tuan Yang Terutama.

ARTIKEL YANG SAMA