Takziah untuk Jerman

Takziah untuk Jerman

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Canselor Persekutuan Jerman, Puan Yang Terutama Angela Merkel berikutan dengan kejadian perlanggaran kereta api di Bavaria baru-baru ini.

Dalam titah perutusan tersebut, Baginda berasa sedih mengetahui mengenai kehilangan nyawa berikutan dengan kejadian itu.

Baginda bagi pihak kerajaan Baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah yang amat mendalam kepada rakyat dan kerajaan Republik Jerman terutama kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA