Taliban Afghan umum prasyarat bagi rundingan damai

Taliban Afghan umum prasyarat bagi rundingan damai

KABUL, 24 Jan – Taliban Afghan hari ini mengulang semula prasyarat mereka bagi penyambungan semula rundingan damai dengan Kabul, termasuk penyingkiran nama mereka dari senarai hitam pengganas antarabangsa, pada mesyuarat tidak rasmi dengan ahli perundangan dan aktivis di Doha.

Anggota pejabat politik Taliban di Qatar melancarkan perbincangan dua hari bersama delegasi Afghan pada Sabtu ketika momentum berkembang bagi permulaan proses perdamaian rasmi.

Kumpulan militan menekankan pendirian kerasnya ke atas rundingan yang bertujuan menamatkan pemberontakan 14 tahun mereka, memerintahkan rundingan sehingga prasyarat mereka dipenuhi.

“Sebelum sebarang rundingan rasmi, kami mahu nama-nama mujahideen kami dipadamkan daripada senarai hitam PBB dan AS dan semua ganjaran ke atas kepala mereka dibatalkan,” kata jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, mengatakan tuntutan kumpulan itu di persidangan Qatar.

“Kami juga mahu pejabat politik kami di Doha untuk secara rasminya dibuka semula.”

Taliban membuka sebuah pejabat di Qatar pada Jun 2013 sebagai satu langkah pertama ke arah kemungkinan perjanjian perdamaian.

Namun menutupnya sebulan selepas Presiden Afgan ketika itu, Hamid Karzai mengelarnya sebagai kedutaan tidak rasmi bagi kerajaan dalam buangan.

Majlis Perdamaian Tertinggi – badan kerajaan ditugaskan dengan rundingan bersama Taliban – menggesa militan untuk menyambung semula rundingan sebelum meletakkan prasyarat.

“Sebarang prasyarat akan menangguhkan lagi proses perdamaian,” kata pegawai HPC, Aminuddin Muzaffari memberitahu AFP.

“Taliban perlu menyertai meja rundingan sebelum membuat tuntutan serupa itu.”

Para pegawai kerajaan Afghanistan tidak menghadiri mesyuarat di emiriah Teluk, yang dianjurkan oleh Persidangan Pugwash, sebuah kumpulan antarabangsa yang mempromosi penyelesaian konflik. – AFP