Taliban bunuh 8 anggota polis di Kabul

KABUL, 13 Nov – Pihak berkuasa Afghanistan berkata serangan Taliban di wilayah barat Farah telah mengorbankan 8 orang polis.

Jurucakap gabenor wilayah, Mohammad Naser Mehri berkata Taliban telah menyerang kawasan polis berhampiran dengan bandar Farah, awal hari ini.

Tambahnya lagi, serangan tersebut hanya mengambil masa selama 10 ke 15 minit dan apabila pihak berkuasa datang, mereka menjumpai beberapa mayat bergelimpangan di kawasan itu.

Seorang polis mengalami kecederaan dalam serangan itu dan ditahan kerana dikhuatiri mempunyai hubungan dengan penyerang tersebut.

Belum ada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan ini.

Mehri mengecam Taliban, dalang serangan keatas pegawai keselamatan Afghanistan di negara itu dan juga aktif di wilayah bandar Farah. – AP