Taliban cemuh PM Pakistan

Taliban cemuh PM Pakistan

ISLAMABAD, 29 Mac (Reuters) – Militan-militan Pakistan yang mengebom sebuah taman Lahor pada Ahad Easter yang mengorbankan 70 orang, mencemuh Perdana Menteri Nawaz Sharif hari ini, dengan mengisytiharkan perang ke atas mereka dalam waktu yang terdekat.

Pihak tentera berkata ia sedang memburu puak Jamaat-ur-Ahrar, Taliban dan telah melancarkan beberapa serbuan sejak pengeboman berani mati itu, tetapi pihak tentera mahupun kerajaan belum memberikan sebarang butiran.

Jamaat-ur-Ahrar mengaku bertanggung jawab di atas pengeboman itu, dengan berkata ia telah mensasarkan para penganut Kristian yang meraikan Easter dan memberi amaran ia akan meningkatkan serangan. Lahore adalah bandar Punjab, wilayah paling ramai penduduk dan paling kaya di Pakistan dan kawasan tengah politik Sharif.

“Biar Nawaz Sharif tahu bahawa peperangan ini kini tiba diambang rumahnya,” jurucakap Jamaat-ur-Ahrar, Ehsanullah Ehsan menyatakan di Twitter. “Pemenang peperangan ini dengan izin Tuhan akan menjadi mujahidin. Jamaat-ur-Ahrar, puak bebas Taliban Pakistan yang juga sebelum ini mengisytiharkan kesetiaan kepada Islamic State (IS), telah melancarkan lima serangan besar di Pakistan sejak Disember. Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen ke seluruh negara semalam, Sharif berikrar akan terus memburu kumpulan-kumpulan militan.

“Saya di sini untuk membaharui jaminan bahawa kami terus menghitung setiap titisan darah para pejuang kami. Akaun ini sedang diselesaikan dan kami tidak akan berehat sehingga ia dibayar,” kata Sharif.

Perdana Menteri tidak menyebutkan apakah langkah akan diambil selepas serangan teruk militan di Pakistan sejak lelaki bersenjata menyerbu sebuah sekolah Peshawar Disember 2014, yang membunuh 134 orang kanak-kanak. Pihak tentera dan para pegawai kerajaan semalam berkata pihak tentera bersiap sedia untuk melancarkan tindakan cegah keganasan paramilitari baru di Punjab.

Langkah itu yang belum secara rasmi diumumkan mewakili kerajaan awam yang sekali lagi mengizinkan kuasa khas kepada tentera untuk memerangi militan-militan pelampau.

ARTIKEL YANG SAMA