Taliban culik puluhan lelaki

Taliban culik puluhan lelaki

KANDAHAR, Afghanistan, 21 Jun (AFP) – Taliban hari ini menculik sekitar puluhan orang selepas menahan bas mereka di selatan Afghanistan, kata para pegawai, dalam siri terbaru penculikan di lebuh raya yang semakin berbahaya di negara itu.

Insiden awal pagi itu berlaku di daerah Washer wilayah Helmand muncul sehari selepas militan membunuh lebih 20 orang, termasuk 14 pengawal keselamatan Nepal, dalam gelombang keganasan di seluruh negara.

“Mereka menculik sekitar 25 orang, kesemuanya lelaki,” kata jurucakap gabenor Helmand, Omar Zwak. Dia tidak dapat memberi jumlah tepat, namun menambah para penumpang sedang membuat perjalanan dalam bas dan dua buah trak dari selatan Kandahar ke barat wilayah Herat.

“Laporan terbaru kami menunjukkan bahawa mangsa culik telah dibawa ke daerah Helmand, Marja. Kami memulakan operasi pencarian dan menyelamat kami,” katanya.

Daerah Marja merupakan lubuk Taliban dan medan pertempuran antara Taliban dan pasukan Afghanistan di wilayah Helmand yang bergolak.

Seorang saksi, Agha Jan memberitahu AFP bahawa militan, yang memakai uniform tentera, pada awalnya telah menahan seramai 37 orang.

“Mereka kemudian membebaskan wanita dan kanak-kanak, namun tetap menahan para lelaki,” katanya.

Pemberontak Taliban berkata mereka menyasarkan para pegawai kerajaan Afghanistan yang menaiki kenderaan itu.

“Mereka telah ditahan atas berdasarkan perisikan. Mereka yang tidak bersalah akan dibebaskan dan mereka yang bekerja dengan boneka pentadbiran Kabul akan dibawa kepada keadilan di mahkamah Emirate Islamic,” menurut jurucakap bagi pemberontak itu dalam Twitter.

ARTIKEL YANG SAMA