Taliban serang bandar utara Afghan

Taliban serang bandar utara Afghan

KUNDUZ, Afghanistan, 28 Sept (AFP) – Pejuang Taliban melancarkan satu serangan ke atas ibu negeri timur laut wilayah Afghan Kunduz hari ini, mencetuskan pertempuran dengan polis dan tentera dalam usaha untuk menawan bandar tersebut.

Serangan ini merupakan kali ketiga pada tahun ini di mana militan Taliban mengugut akan mengawal wilayah di dalam bandar Kunduz, dan sementara pertempuran sengit berlaku, seorang pegawai berkata anggota keselamatan sedang mengundurkan penyerang.

“Taliban melancarkan satu serangan ke atas bandar Kunduz dari beberapa haluan,” beritahu jurucakap polis wilayah Kunduz Sayed Sarwar Hussaini kepada AFP.

“Buat masa sekarang, pertempuran sengit sedang berlaku di antara tentera kami dan Taliban di Khanabad, Char Dara dan Imam Sahib, pintu masuk utama ke bandar Kunduz,” kata beliau, menambah “anggota keselamatan sedang menangkis” militan.

Pasukan keselamatan Afghanistan membuat rondaan di Kunduz. – AFP
Pasukan keselamatan Afghanistan membuat rondaan di Kunduz. – AFP

Bagaimanapun, Taliban berjaya mengawal beberapa tempat pemeriksaan keselamatan dan berada berhampiran dengan bandar, kata seorang wartawan AFP di Kunduz. Masih tidak jelas sama ada mereka masih mengawal tempat pemeriksaan berkenaan.

Bandar itu sendiri adalah lengang, dan penduduk berasa takut untuk keluar dari rumah mereka, menurut wartawan AFP.

Taliban telah melancarkan pemberontakan sejak serangan pimpinan AS menyingkirkan kuasa mereka pada lewat tahun 2001, dan telah mempertingkat serangan ketika serangan musim panas yang dilancarkan pada lewat April ke atas kerajaan yang disokong Barat di Kabul.

ARTIKEL YANG SAMA