Taliban serang restoran Perancis di Kabul

Taliban serang restoran Perancis di Kabul

KABUL, 3 Jan (AFP) – Seorang pengebom berani mati Taliban merempuh kereta dipandunya yang berisi bahan letupan ke dalam sebuah restoran Perancis yang popular dalam kalangan warga asing di Kabul pada hari pertama Tahun Baru, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kabul Fraidoon Obaidi berkata, 18 lain cedera dalam serangan di Le Jardin itu.

Emergency Hospital di Kabul berkata di akaun Twitternya, bahawa seorang yang maut termasuk budak lelaki berusia 12 tahun.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mengumumkan di Twitter bahawa beberapa orang asing terbunuh dalam serangan itu.

Penduduk Afghan sedang mengambil barang-barang dari rumah mereka berhampiran kawasan serangan bom kereta di Perancis restaurant Le Jardin di Kabul. - AFP
Penduduk Afghan sedang mengambil barang-barang dari rumah mereka berhampiran kawasan serangan bom kereta di Perancis restaurant Le Jardin di Kabul. – AFP

Menurut polis, Taliban gagal memasuki pekarangan restoran itu selepas meletupkan pintu masuk utamanya. Seorang suspek sudah ditahan.

Le Jardin mempunyai kawalan keselamatan lebih tinggi berbanding restoran lain di Kabul yang dilanggani orang asing.

Pada Januari 2014, 21 orang termasuk 13 rakyat asing terbunuh dalam serangan militan di sebuah restoran Lubnan di Kabul.

ARTIKEL YANG SAMA