Tallent minta atlet Rusia digantung

Tallent minta atlet Rusia digantung

SYDNEY, 25 Mac (AFP) – Atlet Olimpik Australia, Jared Tallent hari ini meminta atlet-atlet Rusia digantung dari Olimpik Rio ketika dia bersedia untuk memenangi anugerah pingat emas dengan penggantungan dadah.

Sergey Kirdyapkin dari Rusia dilucutkan dari pingat emas selepas dia didapati bersalah terhadap dadah, membuka jalan bagi Tallent, pemenang pingat perak dalam Olimpik London 2012 berjalan kaki 50km, untuk dianugerahkan pingat.

Atlet-atlet Rusia telah menjalani penggantungan dadah serta-merta oleh Persekutuan Atletik Persatuan Antarabangsa (IAAF) selepas laporan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) pada November lalu yang mendedahkan penggunaan dadah yang ditaja oleh negara dan korupsi yang tersebar luas dalam balapan dan padang di Rusia.

“Saya berharap Rusia masih digantung dari Olimpik,” Talent memberitahu wartawan di Adelaide.

“Terdapat perbincangan bahawa penggantungan akan ditarik balik sebelum Rio. Saya akan merasa kecewa jika mereka berada di sana.

Tallent ketika memenangi ke tempat kedua dalam larian lelaki 50km. - Reuters
Tallent ketika memenangi ke tempat kedua dalam larian lelaki 50km. – Reuters

“Saya menentang sekeras-kerasnya Rusia bersaing pada Olimpik dan saya berharap IAAF dan IOC akan berdiri teguh,’ tambahnya, yang merujuk kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Rusia bergelut untuk menyusun kedudukan sebelum Mesyuarat Majlis IAAF pada Mei depan yang akan menentukan sama ada atlet–atlet mereka akan dibenarkan bersaing pada sukan yang diadakan pada Ogos nanti.

Jawatankuasa Olimpik kebangsaan Australia pada tahun lepas berkata ia akan menyokong penggantungan atlet Rusia dari Sukan Musim Panas.

Tallent menambah menjadi juara bertahan menjelang Rio akan mendorongnya.

ARTIKEL YANG SAMA