Taman Agro Teknologi ditutup

Taman Agro Teknologi ditutup

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Bagi memberi ruang dan memudahkan kerja-kerja pembangunan lanjut di Taman Agro Teknologi, Kampung Tungku Gadong, kawasan itu akan ditutup sementara bagi kunjungan orang ramai bermula 6 Jun ini.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dalam kenyataannya, hari ini, menjelaskan bahawa antara lain tujuan penutupan sementara itu adalah bagi pembangunan lanjut kawasan tersebut dengan memberi fokus kepada meningkatkan pengeluaran aktiviti pertanian dan agrimakanan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, bagi pembangunan lanjut taman berkenaan yang telah menjadi kawasan pengeluaran pertanian komersial dengan penggunaan teknologi yang dapat menggandakan penghasilan yang mensasarkan kepada pasaran tempatan dan eksport.

Kawasan tersebut akan dibuka semula kepada orang ramai apabila kerja pembangunan lanjut dan pemeliharaan selesai dilaksanakan.

Sehubungan itu, bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan dan menjaga keselamatan setiap individu, taman ini akan ditutup bagi lawatan dan kunjungan orang ramai, akan tetapi penjualan bunga-bungaan, tanaman dan lain-lain bahan tanaman di rumah hijau yang dikendalikan oleh pihak swasta masih diteruskan seperti biasa.

Dalam hal ini, KSSUP memohon maaf jika penutupan taman ini menimbulkan kesulitan kepada orang ramai kerana demi menjaga dan menjamin keselamatan pengunjung.

ARTIKEL YANG SAMA