Taman Disney pertama ransang ekonomi China

Taman Disney pertama ransang ekonomi China

SHANGHAI, 14 Jun (AFP) – The Magic Kingdom datang kepada Kerajaan Pertengahan minggu ini apabila Disney membuka taman tema pertama di tanah besar China, pertaruhan kelas pertengahan yang semakin berkembang dan memakan belanja besar walaupun ekonomi yang semakin perlahan.

Penginapan bernilai AS$5.5 bilion yang dibuka Khamis itu, mempunyai Istana Disney terbesar di dunia, dengan memiliki menara tinggi di suatu tempat yang pernah diduduki oleh ladang-ladang dan kilang-kilang kecil di pinggir hab komersial Shanghai.

Disney akan menarik orang ramai dengan menikmati salah satu permainannya iaitu menaiki bot berdasarkan filem ‘Pirates of the Caribbean’, dan persembahan mega dari filem antarabangsa ‘frozen’ dan ‘Star Wars’.

Projek ini mula dijalankan pada bulan April 2011, dengan pengerusi Disney dan Ketua Eksekutif Bob Iger memberitahu pemberita ia akan menjadi ‘peristiwa penting’ dalam sejarah syarikat.

Tetapi pembukaan taman itu muncul sebagai pertumbuhan ekonomi China telah menurun kepada tahap paling lemah dalam satu perempat daripada satu abad dan dirangsang oleh perbelanjaan infrastruktur kerajaan.

Gambar yang diambil pada 13 Jun 2016 menunjukkan pandangan dari sudut yang tinggi dengan penataan cahaya dan pertunjukkan bunga api di Shanghai Disney Resort di Shanghai. Shanghai Disney Resort, yang keenam di dunia, akan dibuka secara rasmi pada 16 Jun ini. – Xinhua
Gambar yang diambil pada 13 Jun 2016 menunjukkan pandangan dari sudut yang tinggi dengan penataan cahaya dan pertunjukkan bunga api di Shanghai Disney Resort di Shanghai. Shanghai Disney Resort, yang keenam di dunia, akan dibuka secara rasmi pada 16 Jun ini. – Xinhua

Walau bagaimanapun, Disney berharap petunjuk ekonomi yang lemah tidak akan menghentikan projek meganya yang akan menarik ramai orang, dengan dorongan kerajaan China untuk meningkatkan penggunaan domestik.

China meletakkan harapan bahawa pengguna – bersedia untuk berbelanja dari segi makanan, penginapan, dan cenderamata di rumah baru Mickey Mouse – akan menjadi enjin pertumbuhan yang kuat bagi ekonomi kedua terbesar di dunia.

Walau bagaimanapun, Disney bukan satu-satunya syarikat yang menceburi kelas pengguna yang semakin meningkat, yang semakin banyak pilihan.

China sedang membina taman tema lebih cepat daripada mana-mana negara lain di dunia, dengan lebih daripada 300 projek menerima pembiayaan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, menurut akhbar National Business Daily.

Tahun lepas sahaja, 21 taman dibuka dan 20 lagi sedang dalam pembinaan, katanya.

Universal Studios merancang sebuah taman tema berhampiran Beijing, manakala DreamWorks Animation sedang bekerjasama dengan kawasan hiburan di Shanghai.