Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu raih pelaburan RM25.29 bilion

Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu raih pelaburan RM25.29 bilion

KUCHING, 20 Jun (Bernama) – Taman Perindustrian Samalaju (SIP) di Bintulu, Sarawak, taman perindustrian tunggal terbesar di Malaysia, berjaya menarik danmeluluskan 16 projek dengan jumlah pelaburan bernilai RM25.29 bilion,kata Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Beliau berkata 16 projek yang diluluskan setakat ini itu mewujudkan 13,302 peluang pekerjaan, dan pada tahun-tahun akan datang boleh mewujudkan asas perindustrian yang boleh menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Kami berjaya menarik industri berintensif tenaga untuk beroperasi di SIP, salah satu daripada lima pusat pertumbuhan dalam pelan pembangunanKoridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi mempercepatkan proses perindustrian di negeri ini,” katanya.

Morshidi berkata demikian ketika merasmikan persidangan mengenai pengurusan hasil produk perindustrian serta peluang perniagaan, di Pusat KonvensyenBorneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Morshidi berkata lima syarikat telah memulakan operasi kilang masing masing di SIP.

Beliau berkata, seperti pembangunan baharu lain, SIP di peringkat awal memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur asas seperti jalan akses, airdan bekalan elektrik serta perkhidmatan yang diperlukan oleh industri.

Bagi meningkatkan pengangkutan dan sokongan logistik di taman industri,Pelabuhan Samalaju juga kini dalam peringkat akhir pembinaan, dan akan beroperasi sepenuhnya tahun depan, katanya.