Taman permainan tertutup terbesar dunia dibuka Ogos ini

Taman permainan tertutup terbesar dunia dibuka Ogos ini

DUBAI, 24 April – The Worlds IMG of Adventure, sebuah taman permainan dan hiburan  tertutup yang terbesar di dunia, akan dibuka di Dubai pada 15 Ogos dengan 30,000 pengunjung dijangka mengunjunginya dalam sehari, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, hari ini.

“Taman hiburan tertutup terbesar di dunia kini 96 peratus siap dan menjangkau seluas 1.5 juta kaki persegi, yang bersamaan dengan kira-kira 28 padang bola sepak,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lennard F. Otto pada taklimat media.

Taman satu billion dolar akan memulakan pemasaran global dan jualan tiket pada hari Isnin, kata Otto. Ia pada asalnya dijadualkan untuk menyambut pelancong pada akhir 2014.

Ditanya mengenai kelewatan itu, Otto berkata projek itu merupakan “besar” dan ia merupakan taman hiburan tertutup terbesar yang unik di dunia, oleh itu, pembinaan mengambil masa lebih lama daripada yang dijadualkan. “

Dubai mengalu-alukan lebih 14.2 juta pelawat pada tahun 2015, meningkat sehingga 7.5 peratus dari tahun ke tahun. Pada tahun 2020, apabila Dubai akan menjadi tuan rumah kepada Expo Dunia selama enam bulan yang mana akan menjadi bandar raya pertama di rantau itu, emiriah akan mensasarkan untuk menarik 25 juta pelancong.

Gambar yang diberikan oleh IMG of Adventure semasa sidang akhbarnya Kelmarin menunjukkan kawasan kompleks itu dengan latar belakang bandar  Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – AP
Gambar yang diberikan oleh IMG of Adventure semasa sidang akhbarnya Kelmarin menunjukkan kawasan kompleks itu dengan latar belakang bandar Dubai, Emiriah Arab Bersatu. – AP

Awal minggu lalu, jiran Dubai emiriah Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, mengumumkan pembinaan satu bilion dolar Warner Bros, sebuah taman bertemakan pengembaraan dan menyeronokan yang bakal dibuka pada tahun 2018 di Pulau Yas  berhampiran ibu negara itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA