Taman Salji ceriakan murid Pusat Ehsan

Taman Salji ceriakan murid Pusat Ehsan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Seramai 25 orang murid Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong, hari ini, terhibur apabila diberi peluang bermain di Taman Permainan Salji semasa mengadakan lawatan ke Freshco, Times Square, di sini.

Rombongan berkenaan telah dialu-alukan oleh pemilik Taman Salji, Awang Hambali bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh dan pemilik Pasaraya Freshco, Ginn Tan.

Sesi lawatan ini merupakan aktiviti pusat berkenaan dalam usahanya melibatkan para pelajar dengan pelbagai aktiviti yang membolehkan mereka untuk berdepan dengan masyarakat di samping memberi pengalaman baru seterusnya meningkatkan perkembangan dan pembelajaran mereka.

Awang Hambali menerima sijil penghargaan dari Pusat Ehsan yang disampaikan oleh wakil pusat berkenaan.
Awang Hambali menerima sijil penghargaan dari Pusat Ehsan yang disampaikan oleh wakil pusat berkenaan.
Salah seorang pelajar pusat berkenaan menerima buah tangan daripada Ginn Tan.
Salah seorang pelajar pusat berkenaan menerima buah tangan daripada Ginn Tan.
Pelajar pusat bermain di Taman Permainan Salji di Freshco.
Pelajar pusat bermain di Taman Permainan Salji di Freshco.

Antara lain tujuan lawatan ini adalah untuk menggalakkan interaksi sosial termasuk meningkatkan kreativiti dan perkembangan murid semasa di taman permainan salji berkenaan selain membolehkan mereka merasakan sendiri cuaca sejuk sebagai penerokaan deria.

Dalam lawatan itu, para pelajar berkenaan bukan saja berpeluang bermain di taman salji yang ditaja oleh pemilik taman berkenaan malah mereka juga menerima buah tangan daripada pasaraya Freshco yang disampaikan oleh Ginn Tan.