Taman tema tutup Thunder River Rapids

Taman tema tutup Thunder River Rapids

SYDNEY, 9 Nov – Pihak sebuah taman tema Australia hari ini berkata ia akan memusnahkan permainan air yang mengorbankan empat orang dan mengarahkan kajian keselamatan bebas ke atas semua tarikannya.

Dua orang wanita dan dua orang lelaki terbunuh apabila rakit di permainan Thunder River Rapids tarikan pelancong popular Dreamworld di Gold Coast berlanggar pada 25 Oktober lalu.

Ardent Leisure, yang memiliki taman tema itu dan menerima kritikan pedas terhadap cara ia mengendalikan tragedi itu, berkata Thunder River Rapids itu akan ditutup.

“Kerana menghormati kenangan akan Cindy Low, Roozbeh Araghi, Kate Goodchild dan Luke Dorsett, dan keluarga mereka yang terjejas, permainan itu akan ditutup selama-lamannya,” kata ketua eksekutif Deborah Thomas.

“Penutupan permainan itu adalah satu-satunya tindakan yang sesuai dan penuh hormat.”

Dia menambah kata memorial tetap telah dirancang, dengan sumber yang diperlukan dari keluarga-keluarga yang terbunuh.”

Pihak polis telah menyelesaikan penyiasatan awal minggu ini dan telah menyerahkan balik kawalan ke atas taman itu kepada pihak pengurusan, tetapi Dreamworld belum mengumumkan bila ia akan dibuka semula.

Selepas kemalangan itu, Kesatuan Pekerja Australia berkata ia telah menyuarakan kebimbangan akan operasi dan penyelenggaraan beberapa peralatan di Dreamworld tahun lalu, sementara media melaporkan dengan mengatakan kemalangan keselamatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA