Taman terbiar kecewakan penduduk

Taman terbiar kecewakan penduduk

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 3 Jan – Sebahagian penduduk di kawasan RPN Kampung Lumut melahirkan rasa kecewa dengan keadaan taman permainan yang terdapat di sana, tidak dapat digunakan dengan selamat kerana keadaan tidak begitu terpelihara.

Menurut mereka, rumput panjang di persekitaran kawasan taman permainan itu menghalang mereka melakukan riadah terutama membawa anak-anak bermain kerana bimbang akan keselamatan.

Dengan keadaan persekitaran taman yang ditumbuhi rumput panjang, ia dikhuatiri boleh mengundang kehadiran binatang-binatang berbahaya seperti ular dan sebagainya, menurut mereka lagi.

Keadaan taman permainan di kawasan RPN Kampung Lumut yang dikatakan agak terbiar dengan keadaan rumput panjang.
Keadaan taman permainan di kawasan RPN Kampung Lumut yang dikatakan agak terbiar dengan keadaan rumput panjang.

Taman permainan itu dibina oleh pihak berkenaan, untuk kemudahan riadah penduduk di kawasan tersebut, dan rumputnya perlu dipotong setiap bulan, tetapi malangnya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam keadaannya yang agak terbiar dan dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengunjungnya terutama kanak-kanak.

Sehubungan itu, mereka melahirkan harapan agar taman tersebut akan kembali seperti semasa ia baru didirikan, dalam keadaan yang bersih, tanpa terbiar dengan rumput terlalu panjang.

ARTIKEL YANG SAMA