Tamat latihan bersama untuk JPST

Tamat latihan bersama untuk JPST

MAGUINDANAO, Filipina, 7 Dis – Pasukan yang sebelum ini saling bermusuhan kini sudah pun menjadi sekutu rapat semuanya kerana satu tujuan – untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan.

Malah ketika Undang-undang Asas Bangsamoro (BBL) kekal menemui jalan buntu di Kongres, anggota terpilih daripada Angkatan Bersenjata Filipina (AFP), Polis Kebangsaan Filipina (PNP) dan Angkatan Bersenjata Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (MILF-BIAF) tamat latihan selama 11 hari semalam bagi Pasukan Bersama Keamanan dan Keselamatan (JPST) yang bermula pada 25 November di Old Provincial Capitor di Sultan Kudarat, Maguindanao.

“(Latihan ini) menunjukkan kerjasama mantap di antara kerajaan dan MILF,” kata Mejar Jeneral (B) Leo Cresente Ferrer dalam majlis perasmian latihan berkenaan.

Muhammad Nassif, dalam satu kenyataannya yang dibaca pada program itu, berkata latihan tersebut merupakan sebahagian proses di bawah Perjanjian Komprehensif Pemulihan Ilhakkan ke atas Bangsamoro (CAB) di antara kerajaan dan MILF. – Agensi