Tamat penempatan kerja

Tamat penempatan kerja

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Dua pelajar kelas Pra Vokasional Tahun 10 dari Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), telah berjaya menamatkan penempatan kerja kira-kira sebulan di Restoran Azam Ria Sdn Bhd, Kampung Mabohai.

Sepanjang penempatan kerja itu, dua pelajar yang mempunyai masalah pendengaran berkenaan telah belajar asas mencuci pinggan, membersihkan kedai restoran berkenaan, menyusun perkakas dapur, mengambil tempahan dan melayan pelanggan.

Pemilik restoran berkenaan, Haji Abdul Azeez, melahirkan rasa gembira menerima pelajar berkenaan untuk menjalankan penempatan kerja mereka di restorannya kerana ia dapat menggalakkan kerjasama baik di antara kedainya dan sekolah-sekolah berdekatan.

Beliau turut mengalu-alukan pelajar lain dari kelas berkeperluan khas untuk datang dan menjalankan penempatan kerja di restorannya.

Guru Penyelaras Pra Vokasional Maktab SOAS, Awang Mohd Sirazzudeen bin Mohd Maideen melahirkan penghargaan kepada restoran berkenaan serta menyampaikan sijil kepada Haji Abdul Azeez pada acara yang diadakan di restoran berkenaan, kelmarin.

Haji Abdul Azeez (dua kanan) menerima sijil penghargaan daripada Guru Penyelaras Pra Vokasional Maktab SOAS.
Haji Abdul Azeez (dua kanan) menerima sijil penghargaan daripada Guru Penyelaras Pra Vokasional Maktab SOAS.

ARTIKEL YANG SAMA