Tambah pengetahuan asas cara urus jenazah

Tambah pengetahuan asas cara urus jenazah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 9 Mei – Lebih 20 orang peserta Kelas Bimbingan Muslimah Masjid-masjid Daerah Belait menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, di sini, hari ini.

Bengkel anjuran Kelas Bimbingan Muslimah masjid berkenaan dengan kerjasama ahli jawatankuasa Takmir Masjid dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin dengan bantuan dua orang pengapai dari Pejabat Hal Ehwal Ugama di sini.

Ia diadakan untuk menarik minat para Muslimah mengikuti aktiviti takmir masjid, di samping untuk menambahkan pengetahuan yang berhubung kait dengan pengurusan jenazah seterusnya memberi peluang kepada mereka mengemukakan masalah-masalah atau keraguan yang sering mereka hadapi ketika berlakunya kematian.

Bengkel itu turut menunjukkan cara-cara penyediaan untuk mengapankan dan memandikan jenazah perempuan.

Bengkel Pengurusan Jenazah bagi peserta Kelas Bimbingan Muslimah Masjid-masjid Daerah Belait.
Bengkel Pengurusan Jenazah bagi peserta Kelas Bimbingan Muslimah Masjid-masjid Daerah Belait.

ARTIKEL YANG SAMA